Khamis, 8 Mac 2012

Kasih Tidak Terjamah Syura


Berita yang ku terima 
Setelah semua cinta ku berikannya 
Inikah yang kau beri 
Setelah semua rindu ku curah
Apakah hati mu 
Yang perlu ku jaga dan ku belai manja 
Sedangkan hati ini 
Tak pernah engkau pedulikannya
Memang dulu 
Hati kecilku ini 
Ku tanam kasih 
Ku siram rindu 
Untuk diri mu saja sayang
Tapi kini 
Semua telah berlalu
Kau musnahkannya 
Kau lontar jauh 
Sepilah hatiku ini 
Oh sayang
Andainya derita ku ini 
Buat kau bergembira 
Biarlah diriku bersedih sayang 
Asal kau bahagia
Andainya itu yang kau pinta 
Terserahlah pada mu 
Hati ku usahlah kau ambil kisah 
Tahulah ku pujuknya
Biarkanlah aku merana 
Asalkan kau hidup bahagia 
Tanda sayang kekal selamanya 
Walau kasih tidak terjamah

Tiada ulasan: