Ahad, 29 Januari 2012

OLAN HITAM MANISAN


jikalau ku tahu diriku hanyalah sandaranmu
tak akan kucurah segala cintaku padamu
mengapa sejak dahulu kau tidak berterus terang
bahawa aku hanyalah tempat persinggahanmu

sudah menjadi lumrah ada insan lupa daratan
waktu kau kesusahan akulah tempat engkau mengadu
tapi apabila kau senang mudahnya kau berubah hati
dan kau bersuka ria dengan orang yang lain

c/o
waktu susah kau cari aku
waktu senang kau tinggalkan aku
begitulah sikapmu yang tak tahu kenang budi
waktu duka akulah teman
waktu perlu akulah kekasihmu
tapi selepas itu mengapa kau khianati

apa gunanya dikenang-kenang
pada orang yang tak menghargai
segala pengornana diriku
akhirnya aku terluka

aku hanya bersabar sambil dalam hatiku bertanya
bahagiakah engkau membiarkanku terkilan rasa
sesungguhnya dirimu adalah manusia yang lupa daratan
dengan mudah kau mungkiri segala janjimu

Tiada ulasan: