Sabtu, 28 Januari 2012

Sudah Takdir Begitu Samudera



hidup ibarat didalam sangkar 
mata terlepas batinku tersiksa 
rindu membara dan kian membakar 
dipinggir hati yang sengsara
masihkah dapat aku hiaskan 
cintamu itu ditaman hatiku 
kepada Tuhan kuterus berdoa 
agar kembali ketenangan
walaupun kusedari hebatnya dugaan 
namun hatiku menaruh harapan 
seringkali ku terasa inginnya kuulangi 
saat yang indah bersama dirimu
kasih yang bersarang dihati 
wangi bagai harum kasturi 
seandainya takdir mengizinkan relanya 
aku menyambung semula 
ikatan yang telah putus dulu
bukan niat kita untuk berpisah 
tetapi keadaan yang memaksa 
lalu kitapun masih terus saling merindu 
kerana sudah takdirNya begitu
hidup ibarat didalam sangkar 
mata terlepas batinku tersiksa 
rindu membara dan kian membakar 
dipinggir hati yang sengsara

Tiada ulasan: