Khamis, 23 Februari 2012

SAMUDERA JANJI YANG TERAKHIR



Entah kenapa sukar ku lupa bayang wajahmu
Berulang kali aku hindari namun kecewa
Suci wajahmu murni kasihmu
Teguh bersemi pasti dihati

Makin berdosa aku terasa tingkah ku ini 
Tanpa peduli hatimu kasih dilanda lara
Kerana aku dalam belenggu 
Amuk asmara yang sementara

Retak tugu cinta kita dipinggir lautan dara
Belati beracun kini masih ditanganku
Lembut sentuhan cintamu makin menyentuh hati
Baru aku sedari tulus kasihmu

Maafkan segala sengsara lama
Meskipun bermula dariku
Tak mungkin akan berulang kembali
Ini janjiku yang terakhir

Tiada ulasan: