Selasa, 14 Februari 2012

serasi saat ku terlantar derita



Walaupun di mana dikau berada sayang 
Cubalah kau dengarkan keluhan hatiku 
Bukan ku merayu atau pinta simpatimu 
Tetapi sekadar menyedarkan dirimu
Dulu katamu kau pernah dikecewakan 
Lalu kau sandarkan lukamu di bahuku 
Aku pun cuba membalut luka di hatimu 
Sehingga hidupmu bahagia
Selepas itu kau berubah 
Diriku ini tak lagi kau perlukan 
Semudah itu kau lontarkan aku 
Lupakah kau pengorbananku oh...

( korus ) 
Dulu akulah yang menyapu 
Airmata yang berderai di pipimu 
Kini bila aku pulak kau lukai 
Tiada siapa yang merawat hatiku ini
Saatku terlontar derita 
Kuterima khabar tentang oh dirimu 
Kau sedang bahagia dengan sidia 
Bertambah hancur dan berkecai hatiku ini
Sudah menjadi resam di dunia ini 
Kita hanya disayangi bila diperlukan 
Begitu kisah terjadi padaku 
Maafkan aku kiranya kau terasa

Tiada ulasan: