Selasa, 10 Januari 2012

Satu Selamanya - Twins


Telah kutakhtakan kau di hati ini
Tempat kubersandar dan mengadu
Cukup bagiku di dunia ini
Teman hidup hanya kau satu...

Bagiku tiada kekasih sehebatmu
Yang sentiasa memahami hidupku
Tanpa mengira ruang dan waktu
Kau tetap di sisiku selalu...

C/o:
Aku berjanji padamu
Akan setia semampuku
Jika tersilap maafkan
Tapi jangan kau tinggalkanku...

Kuingin bersamamu
Bila dan di mana pun
Kerana kurasa cintamu segala
Hidupku kini aman sentosa...

Kunyanyi lagu ini
Kerana kubahagia
Sebutir cinta lebih berharga
Dari semua yang ada di dunia...

(solo,ulang chorus)

Telah kutakhtakan kau di hati ini
Tetap satu selamanya.....

Tiada ulasan: